Tuesday, August 3, 2010

CUKUR





























Nyenyak tidur baby Akhtar. Ringan kepala.





























Alhamdulillah baby Akhtar dahpun tiada rambut. Cukur botak. Selesa dan ringan kepala dah. Makin bertubuh dan berat badanpun makin bertambah. Empat kilo lebih atau dahpun capai lima kilo berat badannya. Khasiat susu ibu tiada tandingannya. Mari menyusu dengan susu ibu... Tak lama lagi nak gi kerja lak...stok susu mesti dimulai sekarang.....
"Sokong kempen susu ibu".

AQIQAH

25 Julai lepas telah diadakan Majlis Aqiqah untuk anak-anak. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna dan cuacapun baik. Ramai rakan taulan, jiran tetangga dan saudara mara yang datang. Tapi gambar-gambar sewaktu ramai tetamu tak sempat ambil untuk buat kenangan. Semua sibuk melayan tetamu. Cuma ini sahaja yang sempat diambil. Ada le juga kan....
Suami bersama abangnya, Abang Nordin. Lauk tak cukup jangan lupa penuhkan ye!!!!! Alhamdulillah semua yang datang dapat makan dengan puas.

Antara tetamu yang datang Datin Hajah Fauziah dan suami. Walaupun sibuk tetap juga datang daripada program di sekolahnya. Terima kasih Datin.

Kak Azizah baru sampai dengan suaminya... belum makan lagi terus masuk rumah tengok baby. Rozlawati tengah makan datang bersama anaknya. Sopan menjemput nasi ke mulut. Jangan malu-malu....

Sahabat yang datang paling awal. Siap tolong-tolong lagi di dapur, Terima kasih Pah Hanim. Itulah kita ye......nak beri sumbangan apa yang patut dan boleh dibuat.... sudah menjadi kebiasaan di mana sahaja berada.... muslimah sejati...... teruskan jihad.

Mamaku bersama baby Akhtar. Diam duduk diribaan toknya. Mana semua gigi tok!!!!! .... Nanti balik Penang dapat gigi baru... Comelnya tok.


Babaku dan abang Taufek tengah berbual dengan Pak Long Kemboja. Khusuk sungguh bercerita apa tu.!!!!

Tetamu wakil dari IAB tidak ketinggalan datang ke majlis ini. Terima kasih kak Wan Azmiza datang bersama keluarga.




Kak Norijah, Anis dan Bibik Dah sibuk di dapur menguruskan mana yang patut. Pandai ke buat air asam tu.... Berehat setelah penat melayan tetamu. Abang Taupek bersama kawan dan Puad. Makan rambutan sumbangan jiran. Emmm sedaapnya....

USTAZAH

Lawatan Ustazah-ustazah ke rumah untuk melihat baby Muhammad Akhtar. Terima kasih kasih Mok Cik2 Ustazah Hajah Normah, Ustazah Norehan, Ustazah Ramlah dan Ustazah Siti Fatimah.
Kak An dan Ramlah bila nak tambah lagi.. anak-anak dah mula membesar. Nampak seronok ada baby ye....
Minat nampak Normah.... Jom tambah lagi. Usap kepala babyye.. dan doakan moga jadi anak soleh dan pejuang agama nanti. Insyaallah. Siti pun dah tak lama lagi melahirkan baby. Moga selamat semuanya.

Saturday, July 10, 2010

ZIARAH ANAK








Setelah dikhabarkan selamat melahirkan anak. Ramai sanak saudara dan rakan taulan datang berziarah mengucapkan tahniah. Teruja betul bila ramai yang datang menziarah ke rumah. Maklumlah jarang berada di rumah Kuantan. Paling awal datang Kak Ta dan Abang Nordin dari Damansara (gambar tak sempat ambil), lepas tu jiran-jiran terdekat yang terkejut dengan kehadiran orang baru. Sebelum ni merekapun tak tahu rupanya tengah mengandungkan anak kelima.

Seminggu selepas tu datang pula Pn. Nur Ezah/Kak Ezah rakan sekerja dan serumah di IAB. Kekok je nak pegang baby... lepas ni kena rajin-rajin datang. Manalah tahu tahun depan giliran kak pula. He..he..

Kakakku dari Putrajaya iaitu Pn. Hajah Zakiah Hanim bersama dua orang puteri manjanya pula datang ke rumah.... Bergambar sakan mereka dengan Muhammad Akhtar... tapi lupa pula nak ambil gambar mereka... sorry ye, lain kali kita ambil gambar.

Roa'aini juga tidak ketinggalan datang bersama anak-anaknya....cukup dengan memandikankan Muhammad Akhtar sekali. Kekok juga nak pegang, maklumlah dah lama tak berbaby. Beberapa hari kemudian kalau tak silap 8 Julai hari Khamis datang sahabat-sahabat dari SMK. Paya Besar dan SMK. Bukit Rangin ke rumah setelah mereka datang menziarahi Pn. Che Zaharah yang juga melahirkan baby lelaki. Tahniah ye kak Zah.... Kita bercuti ye...banyak agenda boleh dilakukan di rumah. Terima kasih kawan-kawan, Kak Eda, Kak Maziah, Pah Hanim, Pah Radziah, Haniliza, Rozlawati, Norihan, Riza, Rosaini dan Junaidah.

Bagi semua yang datang dan yang jauh yang mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan tahniah...diucapkan terima kasih. Itulah hikmahnya Allah SWT mengurniakan anak.. yang jauh didekat-dekatkan...yang jarang berjumpa dapat berjumpa dan bermesra semula.... Lepas ni wahai rakan-rakan jangan lambat-lambatkan menambah zuriat.

LIMA PUTERAKU






Along Muhammad Ashraf.
Sekarang telah melepasi SPM dan menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai Negeri Sembilan peringkat Tamhidi. Moga Along jadi contoh dan ikutan pada adik-adikmu. Mama dan Baba berdoa agar cita-citamu akan tercapai. InsyaAllah. Kuatkan semangat dan teruskan berusaha hingga berjaya.

Angah Muhammad Asrar.
Tahun ini penentu untuk angah ke tahap yang lebih cemerlang.... PMR.. Jika Angah lebihkan usaha dan ada ketahanan rohani dan jasmani yang kuat. Angah akan dapat apa yang dihajati... semuanya terletak ditangan Angah. Mama dan Baba sentiasa mendoakan agar Angah berada di jalan yang benar dan sentiasa berfikir panjang apabila melakukan sesuatu tindakan. Angah anak yang hebat. Moga di SMK. Paya Besar ini, Angah akan menjadi insan yang lebih kuat jati diri dan dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Acik Muhammad Akmal.
Baru Tingkatan Satu di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Manja orangnya, maklumlah lama tidak beradik. Jauh di utara sana.... tapi itulah sekolah yang ingin Acik pergi... Kesian juga kecil-kecil kena uruskan semuanya di asrama dan jauh pula tu untuk ziarah dengan kerap.... Tapi Acik ok je kan... Mama dan Baba doakan Acik sentiasa sihat dan dapat meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini berlandaskan syariatnya.

Almarhum Muhammad Akram.
Tahun 2000-2004 sempat berada di sisi keluarga ini. Tapi Allah SWT lebih menyayangimu. Kami redha ..........

Adik Muhammad Akhtar.
Selamat dilahirkan pada 26 Jun 2010/13 Rejab 1431H. Bertambah semula ahli keluargaku. Rezeki itu pelbagai.... Bersyukur Ya Allah atas rezeki yang tak disangka-sangka ini. Mungkin ini anak bungsuku. MasyaAllah. Along dan Acik belum lagi menatap wajah adik Akhtar. Nanti bila cuti Along dan Acik balik ye!!!!!

Apa yang diharapkan agar semua anak-anakku akan menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua orang tuanya, agama, bangsa dan negara. Amin.

Friday, July 9, 2010

MUHAMMAD AKHTAR




As Salamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.....
Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ini. Tapi hari ini Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa dapat membuka blog ini.... Tup-tup hampir 8 bulan tiada khabar berita... rupanya Allah tambah lagi seorang putera bagi keluarga ini. Alhamdulillah... rezeki bagi tahun 2010/1431H.
Pelbagai cabaran yang ditempuhi semasa mengandungkan anak kelima ini, akhirnya lahirlah seorang putera pada 26 Jun 2010/13 Rejab 1431H (Sabtu) di Pusat Rawatan Keluarga MUIP Kuantan dengan berat 2.98kg pada pukul 2.51 petang. Alhamdulillah semuanya selamat dan diberi kemudahan oleh Allah SWT.