Saturday, July 10, 2010

ZIARAH ANAK








Setelah dikhabarkan selamat melahirkan anak. Ramai sanak saudara dan rakan taulan datang berziarah mengucapkan tahniah. Teruja betul bila ramai yang datang menziarah ke rumah. Maklumlah jarang berada di rumah Kuantan. Paling awal datang Kak Ta dan Abang Nordin dari Damansara (gambar tak sempat ambil), lepas tu jiran-jiran terdekat yang terkejut dengan kehadiran orang baru. Sebelum ni merekapun tak tahu rupanya tengah mengandungkan anak kelima.

Seminggu selepas tu datang pula Pn. Nur Ezah/Kak Ezah rakan sekerja dan serumah di IAB. Kekok je nak pegang baby... lepas ni kena rajin-rajin datang. Manalah tahu tahun depan giliran kak pula. He..he..

Kakakku dari Putrajaya iaitu Pn. Hajah Zakiah Hanim bersama dua orang puteri manjanya pula datang ke rumah.... Bergambar sakan mereka dengan Muhammad Akhtar... tapi lupa pula nak ambil gambar mereka... sorry ye, lain kali kita ambil gambar.

Roa'aini juga tidak ketinggalan datang bersama anak-anaknya....cukup dengan memandikankan Muhammad Akhtar sekali. Kekok juga nak pegang, maklumlah dah lama tak berbaby. Beberapa hari kemudian kalau tak silap 8 Julai hari Khamis datang sahabat-sahabat dari SMK. Paya Besar dan SMK. Bukit Rangin ke rumah setelah mereka datang menziarahi Pn. Che Zaharah yang juga melahirkan baby lelaki. Tahniah ye kak Zah.... Kita bercuti ye...banyak agenda boleh dilakukan di rumah. Terima kasih kawan-kawan, Kak Eda, Kak Maziah, Pah Hanim, Pah Radziah, Haniliza, Rozlawati, Norihan, Riza, Rosaini dan Junaidah.

Bagi semua yang datang dan yang jauh yang mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan tahniah...diucapkan terima kasih. Itulah hikmahnya Allah SWT mengurniakan anak.. yang jauh didekat-dekatkan...yang jarang berjumpa dapat berjumpa dan bermesra semula.... Lepas ni wahai rakan-rakan jangan lambat-lambatkan menambah zuriat.

LIMA PUTERAKU






Along Muhammad Ashraf.
Sekarang telah melepasi SPM dan menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai Negeri Sembilan peringkat Tamhidi. Moga Along jadi contoh dan ikutan pada adik-adikmu. Mama dan Baba berdoa agar cita-citamu akan tercapai. InsyaAllah. Kuatkan semangat dan teruskan berusaha hingga berjaya.

Angah Muhammad Asrar.
Tahun ini penentu untuk angah ke tahap yang lebih cemerlang.... PMR.. Jika Angah lebihkan usaha dan ada ketahanan rohani dan jasmani yang kuat. Angah akan dapat apa yang dihajati... semuanya terletak ditangan Angah. Mama dan Baba sentiasa mendoakan agar Angah berada di jalan yang benar dan sentiasa berfikir panjang apabila melakukan sesuatu tindakan. Angah anak yang hebat. Moga di SMK. Paya Besar ini, Angah akan menjadi insan yang lebih kuat jati diri dan dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Acik Muhammad Akmal.
Baru Tingkatan Satu di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Manja orangnya, maklumlah lama tidak beradik. Jauh di utara sana.... tapi itulah sekolah yang ingin Acik pergi... Kesian juga kecil-kecil kena uruskan semuanya di asrama dan jauh pula tu untuk ziarah dengan kerap.... Tapi Acik ok je kan... Mama dan Baba doakan Acik sentiasa sihat dan dapat meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini berlandaskan syariatnya.

Almarhum Muhammad Akram.
Tahun 2000-2004 sempat berada di sisi keluarga ini. Tapi Allah SWT lebih menyayangimu. Kami redha ..........

Adik Muhammad Akhtar.
Selamat dilahirkan pada 26 Jun 2010/13 Rejab 1431H. Bertambah semula ahli keluargaku. Rezeki itu pelbagai.... Bersyukur Ya Allah atas rezeki yang tak disangka-sangka ini. Mungkin ini anak bungsuku. MasyaAllah. Along dan Acik belum lagi menatap wajah adik Akhtar. Nanti bila cuti Along dan Acik balik ye!!!!!

Apa yang diharapkan agar semua anak-anakku akan menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua orang tuanya, agama, bangsa dan negara. Amin.

Friday, July 9, 2010

MUHAMMAD AKHTAR




As Salamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.....
Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ini. Tapi hari ini Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa dapat membuka blog ini.... Tup-tup hampir 8 bulan tiada khabar berita... rupanya Allah tambah lagi seorang putera bagi keluarga ini. Alhamdulillah... rezeki bagi tahun 2010/1431H.
Pelbagai cabaran yang ditempuhi semasa mengandungkan anak kelima ini, akhirnya lahirlah seorang putera pada 26 Jun 2010/13 Rejab 1431H (Sabtu) di Pusat Rawatan Keluarga MUIP Kuantan dengan berat 2.98kg pada pukul 2.51 petang. Alhamdulillah semuanya selamat dan diberi kemudahan oleh Allah SWT.