Monday, November 30, 2009

KORBAN 1430H

Tahun ini dapat lagi meneruskan ibadah korban. Inilah antara 2 daripada 3 ekor lembu yang bakal dikorbankan. Menanti dengan penuh ketenangan giliran untuk dikorbankan. Mati dengan cara paling baik wee...
Inilah bakal korbanku untuk tahun ini. Moga Allah menerima korbanku. Amin....


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.Masih ada nyawa-nyawa ikan. Sebentar lagi akan dilapah.

Bersama rakan-rakan menyediakan bahan untuk jamuan korban.

Daging korban hampir siap untuk diagihkan kepada semua kakitangan Islam dan yang kurang berkemampuan di sekitarnya.

TAHNIAH ANAK-ANAKKU

UPSR tahun 2009..... Alhamdulillah Acik dapat 4A 1B. Moga cemerlang dunia dan akhirat.
Tahniah juga pada Angah kerana PAT dapat 3A 6B.. Teruskan usaha.. Banyak peningkatan yang mama dan baba nampak. Moga PMR 2010 cemerlang dan impian anda seterusnya akan tercapai. InsyaAllah.

Along pulak tengah ambil SPM...... Moga boleh menjawab dengan baik dan tenang selalu.....

Monday, November 2, 2009

MAI PETIK STRAWBERY
















Bersama keluarga memetik buah strawbery di Genting Highland. Teringin sangat nak makan strawbery segar.

TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU

Ariza dan Siti Fatimah tengah tunggu sape tu.... mana Kak An ni ... tak sampai-sampai--sampai lagi ni. Ok Pah kita sama-sama ambil gambar. Satu... dua.. tiga.. Sapa yang snap dulu. Kak Edah nak kata apa tu.. Adik Manis kita Rosmaria senyum sokmo.
..
Sebelum makan. Ambil gambar dulu. Serius je.....

Apa lagi Cik Puan Pah..... Masih menunggu sahabat lain ke... Kak Edah membelek apa tu... nak keluar kan kamera ke... jangan lupa masuk dalam blog ye...

Kumpulan Marhaban atau nasyid ni.... Apapun boleh je!!!!!.. Ramlah, Arija, Normah dan Ariza dengan Pakaian Seragam Panitia Pendidikan Islam di samping Sh. Radziah Ketua Bidang Kemanusiaan yang sentiasa setia dengan anakbuahnya.
Hari Ahad 1 November sahabat-sahabat SMKPB selamat mengadakan majlis makan tengahari di Restoran New Horizon Garden, Kuantan. Terima kasih banyak-banyak kawanku di atas ingatan kalian. Hadir bersama ahli Panitia Pendidikan Islam, Ust Normah, Ust Ramlah, Ust. Ariza, Ust Siti Fatimah, Ust Adilah dan Ust. Norihan serta Guru baru Ust Rosmaria. Ketua Bidang Pn. Sh. Radziah dan Pn Zuraidah. Guru Cemerlang Pn. Junaidah dan Wan Norihan dan paling best hadirnya Pn Sh Faridahanim blogger SMKPB yang sentiasa memberikan berita-berita terkini untuk sekolah. Terima kasih semua.






Monday, September 28, 2009

HARI RAYA BERSAMA KELUARGA

Bersama suami yang banyak memberi motivasi dan semangat untuk meneruskan cabaran pekerjaan baru. Terima kasih ba........





Maba dan Babaku.... Didoakan keduanya sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa. terima kasih dia tas segala kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan kepada kami...... Kami sayang mama dan baba.

Ini keluaraga abang sulungku. Sempat berhari raya di rumah mereka. Teruskan jihadmu wahai saudaraku.
Inipula gambar keluarga kakakku... Pakai baju sama je... Keluarga sepakat bersama ayah bonda tercinta.
Ini keluargaku.... 3 teruna yang semakin membesar bersama suamiku... Selamat Hari Raya

Bersama ayahbonda.....


18 September yang lepas Suami dan dua anakku menjemput aku di IAB untuk sama-sama pulang ke kampung halaman. Tahun ini aku beraya di Penang..... Terserlah kegembiraan mama dan baba kerana aku dapat beraya bersama mereka.




Wednesday, July 15, 2009

FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN SSKPM KE 6


Semalam (14 Julai)berlangsung majlis Pembukaan Festival Nasyid. Sebanyak 16 kontinjen akan bertarung mulai hari ini (15 Julai). Selamat berjuang dan menyemarakkan lagu-lagu berunsur Islam.

MAJLIS ILMU




Alhamdulillah hari Jumaat yang lepas Pn. Jalilah Ketua Bidang Bahasa memberikan Tazkirah berkaitan tentang Kepentingan Bahasa Inggeris dalam mencari ilmu. Pelajar begitu berminat dengan cerita dan penyampaian yang diberikan. Thank you adindaku Jalilah moga Allah memberikan rezeki dan iman yang bertambah-tambah. Syukran yang tidak terhingga dapat memberikan kerjasama bagi mengimarakkan surau al-Hikmah.

Monday, July 13, 2009

SEMINAR PERBANDINGAN AGAMA 2009

MEETING PSK


Pada 6-8 Julai yang lepas satu MESYUARAT PEMETAAN KURIKULUM STANDARD MALAYSIA NEGARAKU – ELEMEN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH telah diadakan DI HOTEL MEGAVIEW KUANTAN ANJURAN PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KPM, PUTRAJAYA untuk Zon Timur.

BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH




Rakan seperjuangan Pn Che Zaharah bt Ibrahim telah bertukar ke Melaka kerana mengikut suaminya. Selamat bertukar.... Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri perlu selari. Moga bertambah ceria dan bahagia di sekolah baru.
Panitia Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa baik Puan dalam menjayakan segala program yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.... Jasamu sentiasa dikenang. Jazakallahu Khairan Kathira.

Saturday, July 4, 2009

MAJLIS ILMU


Majlis Ilmu pelajar perempuan sekolahku telah diadakan setiap Jumaat selepas waktu persekolahan di Surau al-Hikmah. Alhamdulillah aku mendapat sokongan yang baik daripada anak-anak muridku. Mereka yang datang atas kesedaran untuk menambah ilmu selain apa yang mereka dapat di kelas. Aku juga mendapat sokongan yang baik daripada pengetuaku yang begitu prihatin tentang ilmu agama begitu juga dengan rakan-rakan guruku yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi melancarkan program ini. Mereka sanggup meluangkan masa dan tenaga bagi menyediakan bahan-bahan yang bernas untuk majlis ini. Terima kasih banyak. Jasa anda semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Harapanku.... anak-anak murid yang tidak pernah datang ke Majlis Ilmu ini akan cuba-cuba datang bagi mendalami ilmu agama dan pengetahuan semasa. Banyak manfaat yang akan kamu perolehi. Cabaran di luar sana begitu hebat. Marilah kita sama-sama mencari pendindingnya. Ustazah sayang kamu....... jom semarakkan Majlis Ilmu Kita.

MAJLIS BACAAN YASIN


Sebulan sekali pada hari Jumaat s ekolahku akan mengadakan majlis Bacaan Yasin. Semau guru dan pelajar akan berada di Dewam Multaqa untuk sama-sama membaca Yasin. Aku bersama ahli panitiaku akan menguruskannya. Ada yang ditugaskan menyediakan tikar, air minuman, surah Yasin dan sebagainya. Sejuk hatiku dapat lihat anak-anak muridku sama-sama membaca Yasin. Kaulah pewaris agama dan bangsa....


LAWATAN KE BANDUNG DAN JAKARTA

Alhamdulillah niat dihati untuk melawat negara jiran Indonesia termakbul. Aku dan Suami telah bertolak pada cuti sekolah yang lepas (4-7/6/2009) dengan Tabung Haji Travel. Antara tempat yang dilawati Monas, Tangkuban Parahu dan banyak lagi....... Penat tapi seronok. Terima kasih suamiku.....

Tuesday, June 30, 2009

RENUNGAN BULAN REJAB

Bulan Rejab: Adakah Fadilatnya Melebihi Bulan-Bulan Lain?
Oleh
Khairol Amin (kamin@tm.net.my)

1. Bulan Rejab merupakan satu bulan daripada bulan-bulan Haram
2. Apakah terdapat fadilat khas berpuasa bulan Rejab?

3. Bagaimana cara sebenar untuk beramal di dalam bulan Rejab?

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan daripada 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk dan pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib. Ada juga orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat-ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat-fadilat beribadat dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yang mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam, ia begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga pada zaman era Internet kini (ICT), e-mail dan mailing list yang dihantar mengandungi 'cut & paste' risalah-risalah dan hadis-hadis berkenaan fadilat Rejab. Rata-rata tarikan fadilat ini menjadi faktor penarik kepada orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat penerapannya ke dalam budaya Melayu-Islam sepertimana rangkap sya'ir di bawah:

Rejab bulan menabur benih Sya'ban bulan menyiram tanaman Ramadhan bulan menuai Rejab menyucikan badannya Sya'ban menyucikan hati Ramadhan menyucikan rohnya Rejab bulan marghfirah Sya'ban bulan syafaat Ramadhan bulan menggandakan kebajikan Rejab bulan taubat Sya'ban bulan muhibbah Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya Rejab digandakan 70 pahala Sya'ban diganda 700 pahala Ramadhan diganda 1000 pahala
Mungkin timbul beberapa persoalan yang tersimpan di dalam lubuk hati kita: mengapa bulan Rejab sahaja yang dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir bahawa mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yang bercakap atas nama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam? Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, puasa-puasa khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan ibadat? Di sini kita ingin membawa beberapa penjelasan daripada ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yang terdapat di dalam bulan Rejab, dan apakah sebenarnya fadilat yang terkandung di dalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu bulan daripada bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' di dalam Islam. Dalilnya terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. [al-Taubah 9:36]
Menurut Tafsir al-Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yang di hormati" ialah: “Empat bulan Haram ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.”
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam diharamkan berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji (bulan Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga menggalakkan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 haribulan Muharam).

TOP

Apakah terdapat fadilat khas berpuasa bulan Rejab?
Untuk menjawab persoalan ini, berikut dinukil keterangan beberapa ulama muktabar masa kini:
Pertama: Shaikh Atiyah al-Saqr.
a) Kebanyakan fadilat Rejab terkandung di dalam hadis-hadis yang sangat lemah dan palsu. Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat bagi sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih padahal hadis-hadis yang didatangkan mengenai fadilat bulan Rejab kebanyakannya adalah lemah dan palsu. Beliau berkata:

Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutamakan beberapa bulan di atas sebahagian yang lain dan mengutamakan sebahagian tempat di atas sebahagian yang lain. Akan tetapi tidak boleh mensabitkan keutamaan sesuatu bulan atau tempat melainkan dengan dalil yang nyata. Hal ini perlu dipastikan supaya tidak berlaku pendustaan ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Kebanyakan hadis hadis yang datang berkenaan fadilat Rejab tidak terlepas daripada dua kemungkinan – sama ada dha‘if (lemah) atau maudhu’ (palsu). Tidak ada hadis-hadis yang secara jelas dinukil daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani telah menulis sebuah risalah dalam bab ini berjudul Tabyin al-Ujab bi ma warada fi Fadli al-Rejab (menjelaskan keajaiban tentang apa yang disebut-sebut tentang keutamaan bulan Rejab) dengan berkata: “Kebanyakan hadis-hadis yang dihimpunkan berkenaan bulan Rejab (seperti) puasanya dan solatnya, ia terbahagi kepada dua kategori, iaitu dha‘if dan maudhu’.
b) Fadilat Rejab berada bersama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Fadilat Rejab secara umumnya berada di dalam fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Taubah, ayat 36. Selain itu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim menerangkan bahawa bulan-bulan tersebut ialah: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yang tunggal, Rejab. Pada bulan-bulan ini orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
c) Berpuasa hari pertama atau yang lain di dalam bulan-bulan Haram di atas memiliki fadilat yang sama darjatnya. Shaikh al-Saqr mengulas:
Amalan salih di dalam bulan Rejab adalah sama ganjarannya di dalam bulan-bulan Haram, di antara amalan yang dimaksudkan ialah puasa. Sama sahaja (ganjarannya berpuasa) pada hari pertama atau pun hari akhir (daripada bulan-bulan tersebut). Berkata Ibnu Hajar : “Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak yang sahih dan tidak yang hasan.”
Seterus Shaikh al-Saqr memetik beberapa hadis dha‘if dan maudhu’ berkenaan fadilat bulan Rejab, antaranya:
Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu. Hadis ini dha'if.

Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" Hadis ini dha‘if.
Terdapat sebuah hadis yang panjang berkenaan fadilat puasa rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung:
Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku. Hadis ini maudhu’.

d) Tidak ada solat khas di dalam bulan Rejab. Terdapat sebuah hadis yang berbunyi:
Barangsiapa yang solat Maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat surah Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab. Ini adalah hadis maudhu'.

e) Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya. Shaikh al-Saqr menasihatkan:
Amalan menziarahi kubur pada Jumaat pertama bulan Rejab sepertimana yang dilakukan oleh beberapa orang yang prihatin, termasuk oleh wanita tertentu, tidak memiliki asal usul di dalam agama. Tidak ada ganjaran yang besar menziarahi kubur pada hari tersebut. Adalah lebih utama di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yang berlaku di dalamnya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin al-Ayubi yang menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan (kekuasaan) tentera Salib (Rejab 583H, 1187M) dan tindakan orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita juga mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran daripadanya, di mana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab. Allah yang Maha Mengetahui.
Kedua: Shaikh Yusuf al-Qaradhawi
a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:
Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya (surah al-Taubah, ayat 36), iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.
b) Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakannya adalah dha‘if dan maudhu’. Shaikh al-Qaradhawi menyambung:
Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran…..semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.
c) Oleh itu, lanjut Shaikh al-Qaradhawi, kita sebagai orang Islam wajib mengetahui darjat hadis yang didengar atau dibaca. Tidak boleh bersikap remeh dalam hal ini kerana sudah sedia terdapat buku-buku di pasaran yang menerangkan sumber dan darjat hadis, berbanding buku-buku yang hanya mengemukakan hadis tanpa menerangkan sumber dan darjatnya.

Ketiga: Shaikh al-Sayid Saabiq
Shaikh al-Sayid Sabiq dalam karyanya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah menyebut:
Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang melebihi bulan-bulan lain melainkan sesungguhnya ia daripada bulan-bulan Haram.
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram semuanya memiliki fadilat yang sama darjatnya.

TOP

Bagaimana cara sebenar untuk beramal di dalam bulan Rejab?
Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”
Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.
Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:

Dari sudut syara’, dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya’ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah, tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa. Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban.
Shaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:

Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.

Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya’ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah riwayat: “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh" selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).
Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.


Kesimpulan

1. Hadis-Hadis keutamaan (fadilat) bulan Rejab kebanyakannya adalah dha‘if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Berterusan menyampaikan hadis-hadis ini adalah satu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

2. Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (hadis-hadis yang sahih).

3. Tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat yang khusus, yang ada cuma fadilat umum keempat-empat bulan haram.

4. Demikian juga, tidak ditemui dalil bagi melakukan solat, puasa, zikir, ziarah kubur dan sebagainya yang khusus bersempena bulan Rejab.



Risalah 2: Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya


Budiman Radzi - Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar: Muzakkir Enterprise, 1990.
Tafsir al-Jalalain. Harf.com. (URL: http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp)
Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. (URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249)
Fatwa IslamOnline - Kesahihan Fadilat Rejab. (URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308)
Fiqh al-Sunnah (Beirut: Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995. Cetakan khas dari manar Al-Dauliyah), jld. 1, ms. 596.
Al-Fatawa (Kaherah: Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000), ms. 371
Sanad hadis ini dha‘if, rujuk Musnad Ahmad yang disemak oleh Shaikh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan, hadis no: 1322 (Musnad ‘Ali bin Abi Thalib). Walaubagaimana ia memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1163 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Puasa pada bulan Haram) daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, maksudnya: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” (Hafiz Firdaus)
Majmu' Fatawa (Riyadh: Dar Al-Watan, 1996) ms. 269
Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab(URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310)
Untuk memudahkan kefahaman para pembaca, orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.
Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah.
5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.
Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz Firdaus).
Kenapakah ia satu bentuk pendustaan? Rujuk risalah berikutnya berjudul Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya.
Kenyataannya, semua hadis berkenaan fadilat Rejab tidak ada yang bertaraf hasan, jauh sekali daripada bertaraf sahih. Penggunaan istilah “kebanyakan” oleh pengarang hanya atas sikap rendah dirinya. Walaubagaimanapun, kami sentiasa terbuka seandainya sesiapa yang dapat menunjukkan kepada kami mana-mana hadis fadilat Rejab yang memiliki taraf sahih atau hasan. Jika ternyata ia memiliki darjat sahih atau hasan, kami akan menerimanya, membetulkan kata-kata kami di atas dan sekali gus beramal dengannya. (Hafiz Firdaus)

Saturday, May 9, 2009

OH IBU/MAMA/MAK/MEK/UMMI/MUMMY .......

RENUNGAN BUAT SESEORANG YANG BERGELAR

ANAK MAKKKKKKKKKKK .......
Font size

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

MAMAAAAAAAAAAAAAAAAA......... MAKKKKKKKKKKKKKK.................. IBUUUUUUUUUUUU................. UMMI .......................
MAAFKAN AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.......
Tanpa mereka siapalah kita...... Cepat katakan atau call mak kita sekarang ..... katakan "maafkan aku dan terima kasih segala-galanya".

Monday, May 4, 2009

BEBERAPA ADAB YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

• Munutup aurat
. Pakaian bukan dari sumber yg haram
• Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita
• Pakaian longgar,tidak menampakkan bentuk badan
• Pakaian dari jenis kain yg tebal,tidak jarang dan nipis
• Memakai pakaian yg bersih
• Memakai pakaian dengan mendahulukan tangan kanan
• Tidak melabuhkan seluar bagi lelaki sehingga menutupi buku lali
• Bagi lelaki elok memakai pakaian yg bewarna cerah
• Sebaik-baik pakaian adalah meniru sunnah Rasulullah s.a.wDoa memakai pakaian:Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."

• Masuk ke masjid dengan mendahului kaki kanan
• Ucapkan salam kepada mereka yg berada didalam masjid
• Menunaikan solat tahiyyatul masjid
• Jangan bercakap perkara duniawi
• Duduk menghadap kiblat
• Memohon agar Allah membuka rahmatnya
• Sentiasa berzikir kepada Allah dengan suara yg perlahan
• Jauhi dari menghina islam
Doa masuk masjid;“ Ya Allah bukalah pintu-pintu rahmat mu untuk ku “
• Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat
• Berniat untuk datang kembali
• Melangkah keluar dengan kaki kiri
• Memberi salam orang yang masih tinggal di masjid
Doa keluar masjid:
“ Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah, peliharalah aku dari godaan syaitan terkutuk”
ADAB DAN HAK KEATAS IBU-BAPA
• Mentaati ibu dan bapa dalam segala hal kecuali perintah maksiat
• Berbicara dengan kedua nya dengan sopan dan lemah lembut
• Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
• Mencium tangan kedua nya setiap pagi dan petang
• Memelihara nama,kehormatan serta harta benda mereka
• Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka minta
• Berbincang dengan mereka dalam segala urusan dan pekerjaan
• Memperbanyak kan doa dan memohon ampun untuk mereka
• Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka
• Tidak mengangkat suara dihadapan mereka
• Tidak memotong cakap mereka
• Tidak keluar rumah tanpa izin mereka
• Tidak memeranjatkan mereka ketika mereka sedang tidur
• Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu tidak memuaskan
• Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka• Tidak berjalan mendahului mereka
ADAB MAKAN
• Membaca doa sebelum makan
• Makanan dan minuman dari sumber yang hala
l• Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
• Duduk ketika makan dan makan menggunakan tangan kanan
• Menyukai makanan yang ada dan tidak mencela makanan
• Sunat bercakap ketika makan
• Mulakan dengan Bismillah
• Hendaklah makan dengan tiga jari dan mengecilkan suapan
• Hendaklah mengunyah dengan baik
• Tidak meniup makanan yang panas
• Tidak bernafas di dalam gelas ketika minum
• Tidak makan terlalu kenyang
• Tidak memulakan makan kecuali orang yang lebih tua menjamah dahulu
• Hendaklah sopan terhadap kawan ketika makan
• Bila selesai makan ucaplah AlhamdulillahDoa Ketika Makanan Terhidang- sebelum makan
Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa) neraka. Dengan Nama Allah."
Doa Selesai Makan)
Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslimin."
ADAB MINUM
• Sunat membaca Bismillah dan alhamdulillah sesudah minum
• Makruh minum daripada mulut tempat simpan air seperti botol,kendi dll
• Makruh meniup atau bernafas didalam air
• Hendaklah duduk ketika minum
• Jangan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak
• Jangan makan dan minum ketika terlalu kenyang
• Membersihkan gigi
• Sunat berwudhu' terlebih duluhu
• Memakai bauan
• Memohon ampun kepada Allah ADAB MEMINTA IZIN
• Hendaklah memberi salam dahulu sebelum meminta izin
• Hendaklah nyata kan nama , sifat dan gelaran yg baik
• Hendak meminta izin tiga kali
• Jangan mengetuk pintu dengan kasar
• Hendaklah dia kembali, jika tuan rumah menyuruhnya kembali
• Menutup keaibannya
• Meringankan kesusahannya
• Membantu segala yang penting dan perlu
• Memenuhi hajat dan keperluannya
• Menghapuskan duka nestapanya
• Membelanya jika teraniaya
• Menolongnya jika lemah
• Meringankan beban hidupnya
• Menghormati orang tua
• Kasih terhadap yang kecil
• Tidak menyusahkan
• Tidak mencaci atau mengejek
• Tidak menipu saudaranya yang muslim
• Tidak dengki,dendam dan sangka jahat
• Mengasihani sebagaimana mengasihani dirinya sendiri
• Menghormati orang tua dan menerima nasihat yang di beri
• Memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah
• Melatih diri dalam urusan rumahtangga
• Menjaga nama baik orang tua dan keluarga
• Memperbanyakkan puasa dan ibadat
• Tidak memakai pakaian yg mendedahkan aurat atau menghairahkan
• Jika keluar rumah hendaklah dengan orang tua atau muhrimnya
• Menghias diri dengan sifat malu
• Berkata yang benar
• Menghindari bersahabat dengan lelaki bukan muhrim
• Menghindari dari pergi ke tempat-tempat umum kerana boleh menimbulkan fitnah
• Sentiasa bersifat malu,taat dan hormat kepada suami
• Diam ketika suami sedang bercakap
• Memelihara diri ketika suami tiada di rumah
• Memakai wangian di rumah dan sentiasa membersihkan mulut
• Meyakinkan diri bahawa suami mempunyai kelebihan
• Menampakkan rasa gembira ketika suami datang
• Memuliakan ibi-bapa dan keluarga suami
• Sediakan makanan untuk suami tanpa di suruh atau di pinta
• Menjaga harta suami
• Memberi didikan yang baik-baik kepada anak
• Menjadi permaisuri dan bidadari bagi suami suami berada di rumah
• Hendaklah bersalaman dengan semua orang yg di temui di dlm majlis
• Hendaklah duduk di tempat yang di tunjukkan oleh tuan rumah
• Hendaklah duduk di samping orang ramai , bukan di tengah-tengah mereka
• Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin keduanya
• Hendaklah orang datang lewat duduk di akhir majlis/dibelakang
• Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari sesuatu majlis
ADAB SUAMI MENDIDIK ISTERI
• Suami hendaklah mengajar isterinya ilmu-ilmu fardhu-ain.jika tidak mampu ,wajib suruh isterinya belajar dengan orang lain atau mencari guru untuk mengajar isterinya.
• Suami hendaklah mendidik isterinya dengan lemah-lembut dan kasih-sayang
• Suami hendaklah menunjukkan sifat ikhlas dan amanah kepada isteri
• Suami hendaklah menyempurnakan kewajipan dengan memberi nafkah yg sempurna
• Janganlah suami memberatkan isterinya lebih dari yang patut
• Ajar lah isteri supaya bersabar dalam menghadapi kesusahan
• Didiklah isteri agar berbuat baik dengan orgtuanya dan mertuanya
• Selalu berada di rumah
• Mengutamakan tugas di rumah dari yang lain
• Dilarang orang luar memasuki rumahtangga ketika suami tiada
• Selalu mendampingi suami dan menggembirakan nya apabila di sampingnya
• Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah
• Meminta izin pada ibu-bapa atau suami jika ingin keluar
• Apabila keluar rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang ramai
• Tidak memakai pakaian yg ketat atau mendedahkan badan jika diluar rumah
• Menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek
• Mendorong dan membantu suami mencari rezeki yang halal
• Tidak menuntut pemberian yg banyak dari suami
• Melahirkan sifat malu dan sedikit ketawa,banyak bersabar dan bersyukur
• Memperbanyakkan mempelajari ilmu agama terutama Al-quran bagi pendidikan anak-anak
• Memberi makan dan minum bila ia lapar
• Menyayangi dan mengasihinya
• Berlaku baik ketika menyembelihnya
• Tidak menyeksanya seperti memukul , mengikat atau membakarnya
• Harus membunuh binatang yang membahaya seperti ular,kala-jengking dan sebagainya
• Menunaikan zakat binatang jika cukup nisabnya
• Tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah
Seorang ibu bertanggung-jawab mendidk anak-anaknya didunia dan akhiratPerkara yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anaknya adalah:
• Menguatkan dan menyuburkan jasmani anak-anak dengan makanan yg halal
• Menghindarkan mereka dari segala bahaya
• Memahami dan mengembangkan bakat mereka
• Menyuburkan jiwa mereka dengan iman
• Mengajar dan membiasakan mereka dengan akhlak yang terpuji
• Mengajar mereka menghormati ibu-bapa dan orang yg lebih tua
• Mendidik mereka menghormati gurunya
• Menjaga hidup mereka dengan cara hidup islam
• Mengajar mereka Al-quran dan menghayati ajarannya
• Mendidik mereka mencintai Rasul danAllah dan mematuhi segala perintah dan larangannya
• Menghindari diri dari menyakiti hati kawan
• Merendahkan diri
• Tidak bermasam muka
• Memberi layanan sama rata
• Meminta izin jika ingin masuk rumah
• Mengasihi anaknya dan hormati orangtua
• Menepati janji
• Mengamankan perselisihan
• Merahsiakan keaiban
• Membantu sesama islam
• Berbaik sangka
• Mententeramkan yang ditimpa musibah
• Tidak meremehkan orang lain
• Membantu golongan miskin
• Mudah memberi maaf
• Sentiasa bermanis muka
ADAB SESAMA ISLAM
• Memberi salam apabila bertemu
• Menziarahi apabila sakit
• Melawat jenazah apabila mati
• Menberi nasihat apabila diminta
• Menyukai sesuatu yang disukai oleh saudaranya dan membenci sesuatu yg dibenci saudaranya
• Hendaklah sentiasa bersedia menolongnya dan jangan menzaliminya
• Tidak menyakitinya samaada dengan perkataan atau perbuatan
• Tidak membesar diri angkuh dan sombong
• Haram hukumnya tidak bertegur sapa lebih tiga hari sesama islam
• Jangan menghina , mencaci , mengumpat atau merendahkan mereka
• Tidak membuat tuduhan palsu kepada yg hidup atau mati
• Tidak berlaku hasad dengki, sangka buruk atau mengintip rahsia saudaranya
• Tidak menipu atau membohonginya
• Hendaklah bergaul dengan baik
• Hendaklah menghormati yg lebih tua dan mengasihi yg lebih muda
• Hendaklah menutup keaiban dan kecacatannya
• Hendaklah menolongnya bila ia memerlukan pertolongan
• Hendaklah melindunginya dan memberi bila dia meminta
ADAB MENZIARAHI PESAKIT
• Menyegerakan untuk berziarah
• Memendekkan ziarah atau memanjangkan ziarah mengikut keperluan
• Mendoakan pesakit ketika menemuinya
• Sunat bertanya kan hal si pesakit kepada keluarganya
• Sunat orang menziarah duduk di kepala pesakit
• Sunat menyedapkan perasaan pesakit dengan penyembuhan dan panjang umur
• Mengingatkan pesakit dengan kalimah “ LA ILAHA ILLALLAH “ADAB TIDUR
• Jangan tidur sebelum solat isya'
• Berwuhu' sebelum tidur
• Jngan tidur meniarap
• Menbaca doa sebelumdan selepas tidur
• Tidak melakukan penginayaan terhadap jiran seperti zina,mencuri,menghina dll
• Melindungi tetangga dengan mengambil berat tentang kesusahan mereka dan melindungi mereka dari bahaya.
• Berbuat baik dengan jiran dan selalu bertanya khabar
• Bersikap lapang dada terhadap jiran seperti memaafkan mereka jika mereka berlaku kasar terhadap kita

Memberi salam ketika bertemu

• Menziarahi ketika sakit

• Mendoakan ketika bersin

• Sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungkan persahabatan kerana Allah

• Membantunya ketika susah

• Menerima undangan jika di undang ke majlis atau ke rumahnya

• Memberi tahniah pada bulan-bulan dan hari raya

• Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari tertentu

• Membenci sesuatu yg tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu pada diri anda.

• Sama-sama bergembira ketika senang dan sama-sama bersedih ketika sedih

• Hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika hidup dan matinya

• Hendaklah anda berbakti kepada anak isterinya serta kaum kerabatnya

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.KETIGA : HAK KEPADA KUBURIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAWIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Thursday, April 23, 2009

Belajar Bina Blog



Terima kasih Pahanim ajar buat bolg. Memang dah lama mengidam nak ada blog sendiri. Alhamdulillah hari ini tercapai akhirnya walaupun tertinggal jadual yang sepatutnya belajar. Sakit gigi pun tahan juga demi nak belajar. Step demi step akhirnya terbinalah blog ARIJA. Sekarang perlukan sedikit masa untuk creat apa yang patut dibuat dimasukkan dalam blog ini. Biarlah blog ini memberi manfaat pada diri, keluarga dan umat keseluruhannya. TAK RUGI BUAT BAIK......