Wednesday, July 15, 2009

FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN SSKPM KE 6


Semalam (14 Julai)berlangsung majlis Pembukaan Festival Nasyid. Sebanyak 16 kontinjen akan bertarung mulai hari ini (15 Julai). Selamat berjuang dan menyemarakkan lagu-lagu berunsur Islam.

MAJLIS ILMU




Alhamdulillah hari Jumaat yang lepas Pn. Jalilah Ketua Bidang Bahasa memberikan Tazkirah berkaitan tentang Kepentingan Bahasa Inggeris dalam mencari ilmu. Pelajar begitu berminat dengan cerita dan penyampaian yang diberikan. Thank you adindaku Jalilah moga Allah memberikan rezeki dan iman yang bertambah-tambah. Syukran yang tidak terhingga dapat memberikan kerjasama bagi mengimarakkan surau al-Hikmah.

Monday, July 13, 2009

SEMINAR PERBANDINGAN AGAMA 2009

MEETING PSK


Pada 6-8 Julai yang lepas satu MESYUARAT PEMETAAN KURIKULUM STANDARD MALAYSIA NEGARAKU – ELEMEN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH telah diadakan DI HOTEL MEGAVIEW KUANTAN ANJURAN PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KPM, PUTRAJAYA untuk Zon Timur.

BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH




Rakan seperjuangan Pn Che Zaharah bt Ibrahim telah bertukar ke Melaka kerana mengikut suaminya. Selamat bertukar.... Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri perlu selari. Moga bertambah ceria dan bahagia di sekolah baru.
Panitia Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa baik Puan dalam menjayakan segala program yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.... Jasamu sentiasa dikenang. Jazakallahu Khairan Kathira.

Saturday, July 4, 2009

MAJLIS ILMU


Majlis Ilmu pelajar perempuan sekolahku telah diadakan setiap Jumaat selepas waktu persekolahan di Surau al-Hikmah. Alhamdulillah aku mendapat sokongan yang baik daripada anak-anak muridku. Mereka yang datang atas kesedaran untuk menambah ilmu selain apa yang mereka dapat di kelas. Aku juga mendapat sokongan yang baik daripada pengetuaku yang begitu prihatin tentang ilmu agama begitu juga dengan rakan-rakan guruku yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi melancarkan program ini. Mereka sanggup meluangkan masa dan tenaga bagi menyediakan bahan-bahan yang bernas untuk majlis ini. Terima kasih banyak. Jasa anda semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Harapanku.... anak-anak murid yang tidak pernah datang ke Majlis Ilmu ini akan cuba-cuba datang bagi mendalami ilmu agama dan pengetahuan semasa. Banyak manfaat yang akan kamu perolehi. Cabaran di luar sana begitu hebat. Marilah kita sama-sama mencari pendindingnya. Ustazah sayang kamu....... jom semarakkan Majlis Ilmu Kita.

MAJLIS BACAAN YASIN


Sebulan sekali pada hari Jumaat s ekolahku akan mengadakan majlis Bacaan Yasin. Semau guru dan pelajar akan berada di Dewam Multaqa untuk sama-sama membaca Yasin. Aku bersama ahli panitiaku akan menguruskannya. Ada yang ditugaskan menyediakan tikar, air minuman, surah Yasin dan sebagainya. Sejuk hatiku dapat lihat anak-anak muridku sama-sama membaca Yasin. Kaulah pewaris agama dan bangsa....


LAWATAN KE BANDUNG DAN JAKARTA

Alhamdulillah niat dihati untuk melawat negara jiran Indonesia termakbul. Aku dan Suami telah bertolak pada cuti sekolah yang lepas (4-7/6/2009) dengan Tabung Haji Travel. Antara tempat yang dilawati Monas, Tangkuban Parahu dan banyak lagi....... Penat tapi seronok. Terima kasih suamiku.....