Saturday, July 4, 2009

MAJLIS ILMU


Majlis Ilmu pelajar perempuan sekolahku telah diadakan setiap Jumaat selepas waktu persekolahan di Surau al-Hikmah. Alhamdulillah aku mendapat sokongan yang baik daripada anak-anak muridku. Mereka yang datang atas kesedaran untuk menambah ilmu selain apa yang mereka dapat di kelas. Aku juga mendapat sokongan yang baik daripada pengetuaku yang begitu prihatin tentang ilmu agama begitu juga dengan rakan-rakan guruku yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi melancarkan program ini. Mereka sanggup meluangkan masa dan tenaga bagi menyediakan bahan-bahan yang bernas untuk majlis ini. Terima kasih banyak. Jasa anda semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Harapanku.... anak-anak murid yang tidak pernah datang ke Majlis Ilmu ini akan cuba-cuba datang bagi mendalami ilmu agama dan pengetahuan semasa. Banyak manfaat yang akan kamu perolehi. Cabaran di luar sana begitu hebat. Marilah kita sama-sama mencari pendindingnya. Ustazah sayang kamu....... jom semarakkan Majlis Ilmu Kita.

No comments:

Post a Comment