Saturday, July 10, 2010

LIMA PUTERAKU






Along Muhammad Ashraf.
Sekarang telah melepasi SPM dan menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai Negeri Sembilan peringkat Tamhidi. Moga Along jadi contoh dan ikutan pada adik-adikmu. Mama dan Baba berdoa agar cita-citamu akan tercapai. InsyaAllah. Kuatkan semangat dan teruskan berusaha hingga berjaya.

Angah Muhammad Asrar.
Tahun ini penentu untuk angah ke tahap yang lebih cemerlang.... PMR.. Jika Angah lebihkan usaha dan ada ketahanan rohani dan jasmani yang kuat. Angah akan dapat apa yang dihajati... semuanya terletak ditangan Angah. Mama dan Baba sentiasa mendoakan agar Angah berada di jalan yang benar dan sentiasa berfikir panjang apabila melakukan sesuatu tindakan. Angah anak yang hebat. Moga di SMK. Paya Besar ini, Angah akan menjadi insan yang lebih kuat jati diri dan dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Acik Muhammad Akmal.
Baru Tingkatan Satu di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Manja orangnya, maklumlah lama tidak beradik. Jauh di utara sana.... tapi itulah sekolah yang ingin Acik pergi... Kesian juga kecil-kecil kena uruskan semuanya di asrama dan jauh pula tu untuk ziarah dengan kerap.... Tapi Acik ok je kan... Mama dan Baba doakan Acik sentiasa sihat dan dapat meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini berlandaskan syariatnya.

Almarhum Muhammad Akram.
Tahun 2000-2004 sempat berada di sisi keluarga ini. Tapi Allah SWT lebih menyayangimu. Kami redha ..........

Adik Muhammad Akhtar.
Selamat dilahirkan pada 26 Jun 2010/13 Rejab 1431H. Bertambah semula ahli keluargaku. Rezeki itu pelbagai.... Bersyukur Ya Allah atas rezeki yang tak disangka-sangka ini. Mungkin ini anak bungsuku. MasyaAllah. Along dan Acik belum lagi menatap wajah adik Akhtar. Nanti bila cuti Along dan Acik balik ye!!!!!

Apa yang diharapkan agar semua anak-anakku akan menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua orang tuanya, agama, bangsa dan negara. Amin.

No comments:

Post a Comment